mutakhir

Harga Petrol, Diesel turun

Oleh HM Digital

HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON 97 masing-masing turun 10 dan 11 sen manakala diesel turun 12 sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun 10 sen daripada RM2.33 kepada RM2.23 sen seliter manakala RON97 turun 11 daripada RM2.61 kepada RM2.50 sen seliter.

Sementara itu, diesel turun 12 sen daripada RM2.31 kepada RM2.19 sen seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 15 Februari hingga 21 Februari 2018.

Disiarkan pada: February 14, 2018 @ 6:22pm
d