mutakhir

Dua sah positif syabu

Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Hasil ujian air kencing dan darah dua lagi mangsa yang meminum kopi pracampuran segera didapati positif dadah jenis syabu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata, keputusan ujian darah dan air kencing itu diperoleh minggu lalu namun polis menunggu keputusan ujian kopi yang diminum mereka daripada jabatan kimia.

Menurutnya, polis juga masih menyiasat sama ada kopi terbabit yang dipercayai dicampur dadah dilakukan sindiket tertentu.

“Setakat ini, kami belum boleh memberikan keputusan sama ada ia membabitkan sindiket tertentu kerana belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

“Kami masih mengesan wanita yang meletakkan kopi berkenaan di medan selera dan yakin dengan penahanannya dapat memberi petunjuk kepada polis,” katanya pada majlis pelancaran Computerized Patrolling System (CoPS box) di The Lights Collection di sini, semalam.

Setakat ini, ujian air kencing empat individu yang minum kopi berkenaan didapati positif dadah syabu.

Dalam kejadian sejak 27 Januari lalu, tujuh individu yang mengalami gejala letih dan lemah kerana minum kopi pracampuran segera dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Disiarkan pada: February 16, 2018 @ 8:45am
d