mutakhir

Dua maut, dua cedera

Oleh Mohd Roji Kawi

DUA lelaki maut apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di simpang SALCRA Pakit, Sri Aman, malam tadi.

Dalam kejadian 8.40 malam itu, mangsa, Achi Manggi, 75, dan Shaufik Fazrul George yang tersepit di dalam Perodua Kancil meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua mangsa yang menaiki Perodua Kenari pula, iaitu Shedek Morshidi, 34, dan Mahidi Mahmud, 38, hanya cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.42 malam.

Berikutan itu, lapan anggota termasuk dua anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman dikejarkan ke tempar kejadian.

"Setibanya di lokasi pada 8.49 malam, didapati dua lelaki tersepit di dalam Perodua Kancil.

"Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa sebelum mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Dua lagi mangsa yang menaiki kereta berasingan dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

Disiarkan pada: February 16, 2018 @ 8:48am
d