mutakhir

Kapal Ex KD Rahmat bocor lagi

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Lumut: Kapal muzium Ex KD Rahmat dipercayai mengalami kebocoran menyebabkan ia senget dan hampir tenggelam buat kali kedua di pesisir laut di Marina Waterfront, Lumut, semalam.

Difahamkan, kejadian yang berlaku jam 2 pagi itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Pada 3 Jun lalu, kapal berkenaan pernah mengalami situasi sama.

Tinjauan mendapati pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah berada di lokasi dan kerja bagi menstabilkan semula kapal berkenaan juga dilaksanakan.

Kapal berkenaan pernah berkhidmat dalam TLDM dan ia sudah dilucut tauliah serta diswastakan di bawah pemantauan kerajaan negeri untuk tujuan pelancongan.

Selepas dilucut tauliah Ex KD Rahmat dijadikan muzium dan berlabuh di persisiran laut Lumut dan mula dibuka kepada orang awam sejak 2011.

Disiarkan pada: February 20, 2018 @ 4:08am
d