mutakhir

Mayat dua sahabat ditemui

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

MAYAT dua sahabat yang lemas selepas mandi di pusat rekreasi air terjun Berkelah, Kuantan, ditemui 8.10 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Sani Harul berkata, mangsa ialah Muhammad Shahfaris Shahri dan Azfan Muhammad dari Pandamaran, Selangor masing-masing berusia 22 tahun.

Beliau berkata, mereka dikatakan mandi di pusat rekreasi itu sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina bersama 10 lagi rakan sebelum mereka dilaporkan hilang kira-kira 3 petang semalam.

“Mayat mereka ditemui dekat tempat mereka mandi dan dianggarkan pada kedalaman kira-kira 12 meter.

“Operasi mencari dan menyelamat turut disertai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan,” katanya, di sini, hari ini.

Disiarkan pada: February 20, 2018 @ 10:46am
d