mutakhir

Maut ditikam anak saudara [METROTV]

Oleh Junaidi Ladjana dan Mohd Nazllie Zainul

LELAKI mati ditikam anak saudaranya sendiri dalam kejadian di Kampung Sembulan Lama, Kota Kinabalu, petang ini.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Abdul Razi Bahadum, 56, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badannya.

Difahamkan, suspek berusia 30-an sudah ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Isteri mangsa, Salina Abdul, 58, sebelum kejadian dia bersama suaminya serta anak dan cucu berada di rumah.

"Selepas solat Asar, suami keluar untuk melihat botnya berdekatan rumah.

"Tidak lama selepas itu, ada ahli keluarga datang ke rumah dan beritahu suami ditikam," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1), malam ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra turut berada di lokasi kejadian.

Sepasukan polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

Difahamkan, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca sebenar mangsa ditikam.

Disiarkan pada: February 20, 2018 @ 10:10pm
d