mutakhir

TH lantik 19 syarikat PJH

Oleh Asmah Rusman

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menyenaraikan 19 syarikat pelancongan tempatan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk pakej haji bagi musim haji 1439H/2018M.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Kumpulan Komunikasi Korporat TH dalam kenyataannya, hari ini, berkata bakal jemaah yang sudah menerima surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini disarankan menggunakan perkhidmatan PJH yang diluluskan agensi itu.

Menurutnya, mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

“TH mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak pernah melantik individu sebagai ejen, orang tengah atau perantara dalam urusan membabit tawaran haji dan pakej haji,” katanya.

Senarai PJH yang menerima lesen daripada TH boleh didapati di Pejabat Cawangan TH seluruh negara atau melayari laman sesawang http://www.tabunghaji.gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC) di talian 03-62071919 untuk pertanyaan lanjut.

Disiarkan pada: February 22, 2018 @ 6:55pm
d