mutakhir

Pandikar gagal batal saman

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan itu, Datuk Rosmee Hamzah untuk membatalkan saman pemula bekas Ahli Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau RUU355.

Hakim Datuk Wira Wan Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas mendapati mahkamah mempunyai bidang kuasa mendengar perkara itu dan menetapkan 6 Mac depan untuk pengurusan kes.

Mahkamah memerintahkan Pandikar Amin dan Rosmee memfailkan afidavit balasan.

Tiada sebarang perintah berhubung kos.

Pandikar Amin dan Rosmee diwakili Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan manakala Mohamed Tawfik diwakili peguam Rosli Dahlan.

Pada 31 Mac tahun lalu, Mohamed Tawfik, 66, selaku pihak plaintif memfailkan saman pemula dengan menamakan Pandikar defendan pertama dan Roosme defendan kedua.

Disiarkan pada: February 23, 2018 @ 7:35am
d