mutakhir

Padah usik meter elektrik

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

MAHKAMAH Sesyen Ipoh, hari ini, membenarkan tuntutan kerugian hasil Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM501,423.02 terhadap Shu Sing Hang berikutan pengusikan pepasangan meter elektrik di premis miliknya.

Hakim D Sunita Kaur Jessy membenarkan tuntutan TNB selaku plaintif terhadap defendan dari tarikh penghakiman dengan faedah dan kos tindakan mengikut skala.

Dalam penghakimannya, TNB berjaya membuktikan wujud wayar pintasan klip buaya digunakan untuk memintas di terminal ujian (TTB) bagi fasa merah, biru dan kuning.

Pengusikan itu dikesan dilakukan di kolam udang milik defendan yang beroperasi di Ayer Tawar, Manjung, Perak.

TNB diwakili peguam Prithi Verma dan Jagjit Singh dari Prithi Junainah & Associates yang mengemukakan writ saman untuk kes terbabit pada 16 Mei 2017.

Defendan pula diwakili peguam Gary Leuk Sing Yee dari Leuk & Partners.

Perbicaraan penuh terhadap kes berkenaan berlangsung dua hari pada 18 Disember dan 19 Disember 2017.

Disiarkan pada: February 23, 2018 @ 11:11pm
d