mutakhir

Lengkap siasatan kes pelajar maut terkena bilah

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

POLIS sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian pelajar maut terkena bilah pisau traktor pemotong rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, 13 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abd Razak berkata, kertas siasatan berkenaan akan dihantar dan dirujuk kepada pihak pendakwaan, minggu depan.

"Kita (polis) sudah menerima laporan daripada Jabatan Kimia dan hasil analisa asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati wujud DNA mangsa pada bilah pisau yang dijumpai di lokasi.

"Kami juga sudah mendapat laporan daripada SIRIM (Sirim Berhad) dan kini menunggu laporan pengendalian jentera daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sama ada perlukan lesen atau tidak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, siasatan dilakukan terhadap pengendali jentera mesin rumput itu mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana kecuaian menyebabkan kematian dan Seksyen 337 kanun sama kerana cuai menyebabkan kecederaan.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia selepas kepalanya terkena bilah pisau mesin rumput yang ditarik menggunakan traktor.

Dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, pula cedera dalam insiden itu.

Berita berkaitan:

Trauma tengok traktor

'Kakak kawan bermain, bergaduh saya'

Pemandu traktor mesin rumput dibebaskan

'Semangat atletnya akan diingati'

Pemandu traktor mesin rumput ditahan

'Nur Afini, semoga rohmu damai di sana' [METROTV]

Allahyarham cucu saudara Rabuan Pit, aktif sukan memanah

Ajal pelajar terkena bilah [METROTV]

Disiarkan pada: February 24, 2018 @ 7:03pm
d