mutakhir

[UPDATE] Galaxy S9, S9+ masuk Malaysia 16 Mac

Oleh Afiq Hanif

SAMSUNG bakal memasarkan Galaxy S9 dan S9+ bermula 16 Mac ini pada harga bermula RM3,299.

Tiga warna ditawarkan iaitu hitam, biru dan ungu.

Manakala S9+ pula dijual pada harga bermula RM3,799 untuk 64GB, RM3,999 untuk 128GB dan RM4,399 untuk 256GB.

Warna sama juga ditawarkan untuk S9+.

Pra tempahan bermula 1 Mac ini.

Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga lengkap kamera dengan sistem yang membezakan terang atau gelap merubah apertur f2.4 kepada f1.5 pada waktu gelap.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ turut datang dengan Super Slo Mo 960fps.

Kali ini, Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan emoji AR yang lebih realistik malah anda boleh mencipta emoji dengan wajah sendiri.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ datang dengan sistem audio hasil kerjasama dengan AKG dan Dolby Atmos yang membawa audio lebih kuat tanpa pembesar suara tambahan.

S9 mempunyai skrin 5.8 inci QuadHD+ curved super AMOLED 18.5:9 manakala Galaxy S9+ pula 6.2 inci dengan format sama.

Disiarkan pada: February 26, 2018 @ 11:18am
d