mutakhir

Kes T Nhaveen pindah ke Mahkamah Tinggi

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

MAHKAMAH Majistret Georgetown, hari ini, memerintahkan kes empat remaja lelaki yang didakwa membunuh mendiang T Nhaveen dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Majistret Mohamad Amin Sahul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkam permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin bagi memindahkan kes itu, bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan

Semua tertuduh, J Ragesuthan, 19; S Gokulan, 19; dan dua juvana didakwa membunuh Nhaveen, berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh di Jalan Kaki Bukit, Gelugor, antara 11 hingga 12 tengah malam, pada 9 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Ragesuthan dan Gokulan diwakili peguam Datuk Ranjit Singh Dhillon, manakala dua juvana masing-masing diwakili peguam S Yagoo.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen, Hakim Irwan Suainbon menetapkan 27 Mac hadapan sebagai sebutan semula kes dera ke atas rakan mendiang Nhaveen, T Previnn, membabitkan keempat-empat tertuduh.

Irwan menetapkan perkara itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar memaklumkan mahkamah terdapat beberapa dokumen yang masih belum diterima pihak pendakwaan.

Disiarkan pada: February 26, 2018 @ 1:40pm
d