mutakhir

Utama agenda pembangunan rakyat

Oleh HM Digital

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar mengingatkan Datuk Bandar dan semua Yang Dipertua Majlis Daerah di negeri itu tidak terbabit dengan politik dan memastikan agenda pembangunan rakyat terus diutamakan.

Sebaliknya, baginda bertitah mahu semua peneraju pihak berkuasa tempatan memberi perhatian kawasan pentadbiran masing-masing dan sentiasa utamakan masalah rakyat.

“Anda semua adalah penjawat awam negeri Johor (JCS) dan perlu sentiasa memberi tumpuan kepada soal pentadbiran serta penguatkuasaan. Jangan terbabit atau campur dalam politik,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika menerima menghadap serta menyampaikan amanat penting kepada Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis Daerah dalam pertemuan selama satu jam di Kelab Polo Diraja Johor, Istana Pasir Pelangi di sini, semalam.

Disiarkan pada: February 27, 2018 @ 6:15am
d