mutakhir

Keputusan STPM diumum Selasa depan

Oleh Syalikha Sazili

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 akan diumumkan pada 6 Mac depan.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi satu kenyataan berkata, seramai 43,042 calon yang menduduki peperiksaan itu boleh menyemak keputusan di sekolah masing-masing bermula 12 tengah hari.

Manakala bagi calon persendirian, individu akan memperoleh keputusan melalui pos.

Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip ‘STPM RESULT’ jarak ‘nombor MyKad’ dan hantar ke 15888.

Manakala semakan menerusi dalam talian boleh dilayari pada pautan sesawang rasmi MPM iaitu http://www.mpm.edu.my.

Disiarkan pada: February 27, 2018 @ 4:34pm
d