mutakhir

Misteri bau busuk terungkai

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

BAU busuk dihidu oleh jiran mangsa membawa kepada penemuan mayat wanita warga emas yang ditemui di dalam bilik di rumahnya di sebuah flat di Jalan PJS 1/52, di sini, kira-kira 1 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita yang juga jiran mangsa, Chan Yip Yong, 60, berikutan bau busuk yang dihidunya dari kediaman itu.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, kami membuat pemeriksaan di rumah mangsa dan mendapati pintu sebuah bilik dalam rumah terbabit dihalang oleh mayat wanita warga emas terbabit.

"Kali terakhir mangsa ditemui oleh jirannya adalah Jumaat lalu," katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati wanita warga emas itu dipercayai dibunuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: February 27, 2018 @ 7:34pm
d