mutakhir

NSTP bersama jayakan program

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Agensi media tempatan sekali lagi menjalinkan kerjasama bagi menjayakan Program World #QuranHour yang akan berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 7 Jun depan.

Program bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Kumpulan Media Karangkraf (KMK) itu turut disertai akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd iaitu Berita Harian, New Straits Times dan Harian Metro bersama agensi media lain antaranya Sinar Harian, Utusan Malaysia, Kosmo!, stesen televisyen Media Prima Bhd, Astro, RTM serta BERNAMA.

Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman ketika ditemui berkata, pihaknya akan bersama-sama memastikan kejayaan program berkenaan.

“Pihak kami akan menubuhkan sekretariat seperti dicadangkan penganjur dan memastikan kejayaannya,” katanya ketika menghadiri pra pelancaran #QuranHour dan Sinergi Media Malaysia di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis berkenaan Pengarang Eksekutif Kanan Integrasi NSTP Saidon Idris.

Disiarkan pada: February 28, 2018 @ 6:24am
d