mutakhir

Jatuh melayang dari jejambat

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

WANITA parah apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan terjatuh dari jejambat setinggi 4.5 meter di Persiaran Lebuh Perdana Timur, Lebuh Perdana Timur, Putrajaya, tengah hari ini.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, mangsa, Nuraisyah Ismail, 23, dikatakan dalam perjalanan dari Cheras Jaya ke tempat kerjanya di pusat beli-belah Alamanda.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 12.50 tengah hari sebelum anggota dan pegawai trafik tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

"Polis trafik memaklumkan mangsa terbaring di bawah jejambat Lebuh Perdana Timur dalam keadaan sedar dan cedera parah.

"Ambulans tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian dan membawa mangsa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan selanjutnya.

“Secara luaran mangsa didapati luka di bibir, calar dan lebam di pipi kanan dan dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi.

Disiarkan pada: February 28, 2018 @ 6:23pm
d