mutakhir

PJSR, KR1M bantu kurangi kesan inflasi [METROTV]

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Putrajaya: Inisiatif dilaksanakan kerajaan menerusi Program Jalinan Sentuhan Rakyat (PJSR) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 adalah satu usaha bagi mewujudkan persaingan harga, sekali gus membantu mengurangkan kesan inflasi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, program dilaksanakan itu diharap dapat membantu merangsang penurunan harga dan mewujudkan harga barangan yang lebih kompetitif dalam kalangan peniaga.

“Dalam menentukan Indeks Harga Pengguna (IHP), pengiraannya berdasarkan harga semasa dan bukan program seperti PJSR ini. Contoh, harga semasa ayam antara RM8.50 hingga RM9, tapi menerusi PJSR ia dijual RM6.50.

“Namun, dengan adanya PJSR ini dan juga KR1M 2.0, kita berharap ia dapat memberi kesan kepada penurunan harga secara keseluruhan, menjadikan harga sesuatu barangan itu lebih kompetitif, sekali gus memberi kesan kepada pengiraan IHP pada masa akan datang,” katanya pada sidang media pengumuman IHP di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Disiarkan pada: March 1, 2018 @ 8:13am
d