mutakhir

Kantoi pandu kereta curi

Oleh Mohd Rizal Abdullah

DUA penjenayah hanya sempat melaram dengan kereta curi dalam tempoh empat hari selepas mereka ditahan polis di persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Tunku, Miri, petang semalam.

Dalam kejadian 3 petang itu, dua suspek lelaki berusia 31 dan 36 tahun itu ditahan ketika menaiki kereta Proton Saga.

Menurut sumber, kereta berkenaan dilaporkan hilang pada 2 petang di Sungai Selepin Bawah, Bakong pada 24 Februari lalu.

Beliau berkata, pemilik kereta berkenaan iaitu wanita berusia 37 tahun kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Beluru pada hari sama.

"Sejurus menerima laporan, sepasukan polis kemudiannya melakukan siasatan dan mengesan kereta berkenaan di kawasan Taman Tunku, empat hari selepas kereta itu dilaporkan hilang.

“Kedua-dua suspek kemudiannya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: March 1, 2018 @ 6:51pm
d