mutakhir

Padah kerana tamak

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

TIGA warga Bangladesh trauma selepas 'ditangkap' di tempat mereka bekerja di Puncak Alam oleh dua lelaki yang menyamar anggota polis , kelmarin.

Dalam kejadian pada 2 pagi itu, dua suspek lelaki datang ke sebuah pusat cuci kereta mangsa bekerja sebelum menangkap mereka.

Menurut sumber, dua lelaki berkenaan menghubungi majikan mangsa dan meminta wang RM3,500 sebagai syarat untuk melepaskan pekerjanya.

"Namun, pemilik perniagaan berkenaan tidak membuat sebarang bayaran sebaliknya bertemu dua lelaki itu di satu tempat.

"Pada keesokan harinya, majikannya membuat bayaran RM1,000 sebelum tiga pekerja itu dilepaskan," katanya.

Sumber berkata, bagaimanpun lelaki yang mengaku sebagai anggota polis itu sering menelefon mangsa bagi meminta wang tambahan.

"Mangsa yang tidak tahan dengan pemerasan dilakukan suspek kemudian membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama semalam," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan S Somu ketika dihubungi mengesahkan dua lelaki berkenaan sudah ditahan dan kes dianggap selesai.

Disiarkan pada: March 1, 2018 @ 10:29pm
d