mutakhir

Dua beradik terkunci dalam kereta

Oleh Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Gara-gara ibu keluar dari kenderaan tanpa mematikan enjin kereta menyebabkan dua beradik terperangkap dalam kereta selama setengah jam sebelum diselamatkan.

Dalam kejadian jam 8 pagi di Jalan Pahlawan, Kepayan di sini, dua beradik lelaki berusia 11 bulan dan tiga tahun diselamatkan anggota bomba yang dipanggil ke lokasi.

Berdasarkan maklumat, ibu kepada dua kanak-kanak terbabit dikatakan keluar membeli sayur di gerai berhampiran manakala dua anaknya ditinggalkan di dalam kereta dengan keadaan enjin dihidupkan.

Ketika wanita berusia 30-an itu kembali semula ke kenderaannya, dia terkejut apabila pintu kereta terkunci dan cuba membukanya tetapi gagal sebelum menghubungi pihak bomba.

Disiarkan pada: March 4, 2018 @ 8:22am
d