mutakhir

[UPDATE] 2 cedera pokok tumbang di Jalan Ampang

Oleh BERNAMA

PENUNGGANG motosikal dan pemboncengnya cedera selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Ampang berhampiran Menara Berkembar Petronas, KLCC diKuala Lumpur, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, kejadian berlaku pada 7.30 pagi.

Beliau berkata kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

“Dalam kejadian itu, sebuah kereta turut dihempap tetapi pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketika ini kerja-kerja pembersihan serpihan pokok tumbang di jalan itu sedang dilaksana oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya ketika dihubungi.

Berita berkaitan

Pokok hempap penunggang motosikal

Disiarkan pada: March 5, 2018 @ 10:16am
d