mutakhir

Ajal tiba ketika bersukan

Oleh Hadzlihady Hassan

GURU lelaki maut ketika bermain badminton di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar, Balik Pulau, malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa yang berusia 39 tahun dipercayai meninggal dunia kerana serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, rakan mangsa yang bermain badminton bersamanya mendakwa guru terbabit pengsan sebelum dia menghubungi isterinya.

“Rakannya juga turut menghubungi ambulans dan mangsa kemudian dibawa ke Hospital Balik Pulau.

“Isteri mangsa yang bergegas ke hospital diberitahu doktor yang suaminya itu sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: March 6, 2018 @ 11:37am
d