mutakhir

Kakak Annuar Musa meninggal dunia

Oleh HM Digital

KAKAK kepada Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa meninggal dunia, malam tadi.

Allahyarhamah Fauziah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Annuar berkata, solat jenazah akan dibuat di Masjid Tok Guru Haji Musa, Bukit Marak, Kota Bharu, 11 pagi hari ini.

“Dengan sedih dimaklumkan kakak sulung saya Fauziah Musa baru saja kembali ke rahmatullah di HUSM, KB. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah,” katanya.

Disiarkan pada: March 7, 2018 @ 12:59am
d