mutakhir

[UPDATE} Meninggal dunia akibat strok

Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

ALLAHYARHAMAH Fauziah Musa, 73, meninggal dunia akibat strok di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota Bharu pada 10.07 malam tadi.

Beliau adalah kakak kepada Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Anak sulungnya Fuzilah Hasan, 54, berkata arwah anak kedua daripada tujuh beradik sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM sejak dua minggu lalu akibat penyakit itu.

"Selama dua minggu di HUSM, arwah tidak sedarkan diri dan dalam keadaan koma sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga malam tadi.

"Arwah sebelum ini turut mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

"Apapun, kami tujuh beradik reda dengan pemergian ibu. Ibu seorang yang penyayang dan sentiasa berpesan kepada kami supaya jangan tinggal solat," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Katanya, jenazah arwah akan disembahyangkan di Masjid Tok Guru Haji Musa, Bukit Marak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Bukit Marak, Kota Bharu, 11.30 pagi ini.

Disiarkan pada: March 7, 2018 @ 1:36am
d