mutakhir

Jualan Sentuhan Rakyat diperluas ke Sabah, Sarawak [METROTV]

Oleh HM Digital

Bagan Datuk: Program Jualan Sentuhan Rakyat yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai di Semenanjung diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, program berkenaan yang menawarkan harga barangan keperluan harian lebih rendah daripada harga pasaran adalah manifestasi keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan bebanan rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup.

“Kerajaan memperbanyak lagi program ini terutama di Sabah dan Sarawak. Lebih banyak di Semenanjung,” katanya pada Karnival Jualan Sentuhan Rakyat di pekarangan bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk di Simpang Tiga di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Ketika ini, program itu diadakan di negeri di Semenanjung dan Sabah tetapi belum dibuat di Sarawak.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata rakyat perlu diberi peluang menikmati harga barangan murah atau dijual pada harga munasabah.

Disiarkan pada: March 12, 2018 @ 10:04am
d