mutakhir

Dah kuat sangat ke...? [METROTV]

Oleh Safeek Affendy Razali dan Nor Azizah Mokhtar

SATU video kejadian buli terhadap seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan, dikesan tular di media sosial sejak petang tadi.

Dalam video berdurasi 19 saat itu, seorang pelajar berbaju sukan warna biru putih berseluar gelap dilihat ditumbuk bertubi-tubi dan ditendang oleh beberapa pelajar lain dari sekolah sama.

Malah, kumpulan pelajar yang membuli dan mencederakan mangsa turut menyedari tindakan mereka dirakam oleh pelajar lain dipercayai untuk disebarkan.

Selain perbuatan mereka dirakam, kejadian itu turut ‘ditonton’ oleh sekumpulan lebih 10 pelajar yang berpakaian seragam sekolah.

Berdasarkan maklumat, kejadian itu dipercayai berlaku pada 10.30 pagi.

Setakat ini, Harian Metro sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak polis, sama ada mereka sudah menerima laporan berhubung kejadian buli terbabit.

Disiarkan pada: March 14, 2018 @ 11:49pm
d