mutakhir

JKM bantu pulih semangat Hasmah

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

KAKITANGAN Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan hadir ke rumah Hasmah Masroh, 32 di Taman Hartamas, Sunggala, Port Dickson, hari ini bagi memberikan sokongan kepadanya.

Pengarahnya Mohamad Hapil berkata, kunjungan mereka untuk memberi semangat kepada wanita terbabit selepas kehilangan anak perempuan, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, 2, yang terperangkap dalam Proton Saga selama empat jam di sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, semalam.

Katanya, mereka membabitkan sekumpulan Pegawai Pelindung yang memberikan khidmat kaunseling bagi memulihkan semangat wanita berkenaan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan wanita (Hasmah) itu dilihat begitu cekal," katanya, malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan membabitkan pelbagai sudut berhubung insiden berkenaan.

Katanya, sebaik kertas siasatan siap, ia akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Berita berkaitan

[UPDATE] 'Kehilangan anak bongsu amat menyedihkan'

[UPDATE] 'Ibu minta maaf sayang, ibu terlupa'

Bayi maut tertinggal dalam kereta [METROTV]

Disiarkan pada: March 15, 2018 @ 11:36pm
d