mutakhir

[UPDATE] Operasi HKL tidak terganggu [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin dan Nur Afiradina Arshad

PERKHIDMATAN dan operasi di Hospital Kuala Lumpur tidak terganggu dan berjalan seperti biasa susulan kebakaran di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), tengah hari tadi.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Dr Nor Akma Yusuf mengesahkan kebakaran berlaku di stor IPFN.

Katanya, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dan sudah dipadamkan sepenuhnya.

“Proses mengosongkan bangunan membabitkan pesakit, kakitangan dan pelawat dalam bangunan berhampiran dijalankan mengikut prosedur.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook HKL di Kuala Lumpur, hari ini.

“Punca kebakaran dan kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Diminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai perkara ini,” katanya.

Berita berkaitan:

IPFN Hospital Kuala Lumpur terbakar

Disiarkan pada: March 17, 2018 @ 2:46pm
d