Kuala Lumpur: Waris bayi perempuan diminta tampil bagi membantu urusan pendaftaran kelahirannya.
Bayi dikenali Aleesya Saffiya Abdul Hafiz berusia lingkungan lima bulan adalah mangsa pengabaian kanak-kanak dan kini ditempatkan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pegawai JKM Shah Alam Hanim Azrin Mahyudin meminta kerjasama orang ramai mengesan waris bayi itu dan menghubunginya di talian 03-55102015.
Disiarkan pada: March 20, 2018 @ 6:22am