mutakhir

ADUN Paginatan meninggal dunia

Oleh Kristy Inus

MENTERI Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah yang juga pemangku Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Siringan Gubat meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu, malam tadi.

Ia disahkan Ketua Penerangan UPKO, Albert Bingkasan ketika dihubungi, malam tadi.

Difahamkan, keluarga mendiang membawanya ke hospital swasta itu selepas menghadapi kesukaran pernafasan sebelum dilaporkan meninggal dunia sebelum tengah malam tadi.

Siringan, 68, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Ranau dilaporkan menghadapi masalah jantung selepas menghadiri satu majlis di Ranau pada Februari tahun lalu.

Disiarkan pada: March 21, 2018 @ 1:16am
d