mutakhir

Harga petrol, diesel naik

Oleh HM Digital

HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 masing-masing naik dua sen manakala diesel turut naik dua sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik dua sen daripada RM2.18 kepada RM2.20 seliter.

Sementara itu, RON97 naik dua sen daripada RM2.45 kepada RM2.47 seliter dan diesel naik dua sen daripada RM2.16 kepada RM2.18 seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 22 Mac hingga 28 Mac ini.

Disiarkan pada: March 21, 2018 @ 6:39pm
d