mutakhir

Nelayan tak mengaku liwat rakan [METROTV]

Oleh HM Digital

Kuala Terengganu: Seorang nelayan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan meliwat seorang wanita yang juga rakannya di sebuah rumah rehat di Dungun, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Hafizuddin Md Yasin, 23, dari Kampung Binjai Stesen, Dungun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap mangsa yang berusia 20 tahun di Sura Gate, Dungun, jam 1 tengah hari, 12 Mac lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad.

Azman membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut menetapkan 16 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Disiarkan pada: March 23, 2018 @ 3:38am
d