mutakhir

Ajal bawah batu kuari

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Tampin: Baru sehari bekerja, seorang pemandu lori maut apabila lori yang dipandunya terbabas di persimpangan Jalan Tampin-Gemas di sebuah kuari di Kampung Keru, di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Bakar Osman berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, J Suman, 27, membawa lori muatan batu menuju ke tempat mesin memproses batu.

Katanya, ketika melalui selekoh dan menuruni bukit, mangsa gagal mengawal kenderaan menyebabkan ia terbabas.

“Lori itu terbalik dan pada masa sama batu yang dibawa menghempap mangsa. Kejadian mengakibatkan Suman maut di lokasi akibat parah di kepala,” katanya.

Bakar berkata, mayat mangsa yang berasal dari Rumah Rakyat Kampung Tengah, di sini, dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, sumber berkata, lelaki berkenaan baru sehari bekerja di kuari itu sebelum ditimpa kemalangan.

Disiarkan pada: March 23, 2018 @ 4:22am
d