mutakhir

Cubaan seludup warga Bangladesh tumpas

Oleh HM Digital

Seremban: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas bot gentian kaca di kedudukan 0.2 batu nautika, perairan Bagan Lalang, Selangor, semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Sembilan/Melaka Kapten Maritim Amran Daud berkata, dalam kejadian 7.30 malam, Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) di Lumut, Perak mengesan kehadiran bot itu lalu menggerakkan bot Petir 84 ke lokasi.

Katanya, menyedari kehadiran pihaknya, bot itu memecut menuju Bagan Lalang.

“Pemerhatian mendapati lebih 10 lelaki warga Bangladesh cuba diseludup masuk melalui laluan tidak sah. Mereka dikejar sehingga terkandas di kawasan paya bakau.

“Tekong, awak-awak dan warga asing terbabit melarikan diri ke hutan dan gagal dijejak. Bot bernilai RM80,000 itu disita dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan jenayah rentas sempadan boleh menghubungi Maritim Malaysia Negeri Sembilan/Melaka di talian 06-3876730.

Disiarkan pada: March 24, 2018 @ 4:53am
d