mutakhir

Khutbah beri mesej keselamatan

Oleh Syaherah Mustafa

Seremban: Polis akan bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk memasukkan mesej mengenai keselamatan dalam teks khutbah solat Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kaedah berkenaan antara langkah dirancang pihaknya untuk menyemai kesedaran mengenai keselamatan serta pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat.

“Kita mempunyai program 1Masjid 1Polis yang dilancarkan di negeri ini tahun lalu. Melalui program ini, kita menempatkan pegawai serta anggota polis yang bertindak sebagai pegawai perhubungan masjid untuk mewujudkan hubungan baik dengan jawatankuasa masjid.

“Kita mahu menambah lebih banyak pengisian melalui program ini termasuk menyelitkan isu berkaitan keselamatan dan pencegahan jenayah dalam teks khutbah solat Jumaat bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat,” katanya.

Disiarkan pada: March 26, 2018 @ 3:42am
d