mutakhir

Tunjuk kopi saja

Oleh Suliati Asri

Pulau Pinang: Kempen WONDA Lane anjuran jenama kopi sedia minum (RTD) di Malaysia, WONDA Coffee yang menawarkan laluan percuma kepada 10,000 pengguna Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang mendapat sambutan menggalakkan.

Menerusi tawaran itu, penggemar kopi termasuk pelancong menuju ke Pulau Pinang menerusi Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang perlu menunjukkan sebotol WONDA Milk Coffee atau WONDA Mochaccino (340 mililiter) untuk mendapatkan laluan percuma.

Selain itu, jurujual WONDA Coffee menuar-uarkan maklumat mengenai tawaran menarik itu di beberapa kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sebelum sampai ke Plaza Tol Pulau Pinang.

Pemberian sampel minuman percuma WONDA Milk Coffee dan sampel WONDA Mochaccino di tol Juru turut diberikan pengguna yang keluar dari Pulau Pinang.

Inisiatif ini adalah kesinambungan kejayaan WONDA Lane yang diadakan tahun lalu di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sekali gus menjadi satu kaedah terbaik digunakan sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan daripada penggemar setia kopi WONDA.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd Santharuban T Sundram berkata, sepanjang penganjuran kempen itu tahun lalu, pihaknya memperoleh sambutan menggalakkan dan maklum balas positif terutama dari penggemar setia.

Oleh itu, katanya, kempen ini diadakan sekali lagi bagi memberi penghargaan kepada penggemar kopi dengan cara paling unik.

“Inisiatif WONDA Lane adalah cara terbaik kami memberi ganjaran kepada peminat setia WONDA Coffee yang memilih jenama ini sejak bertahun-tahun di samping penghargaan atas sokongan berterusan mereka.

“Kami gembira dengan sambutan menggalakkan dan maklum balas positif dari orang ramai dan berharap melalui kempen ini, perjalanan mereka bersama WONDA penuh ceria,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti WONDA Coffee akan datang, layari www.facebook.com/WondaCoffeeMalaysia.

Disiarkan pada: March 27, 2018 @ 9:33am
d