mutakhir

Mayat tanpa identiti ditemui terapung

Oleh Zuliaty Zulkiffli

MAYAT lelaki tanpa identiti ditemui terapung berhampiran perairan Pulau Bunting di Yan, hari ini.

Pengarah Maritim Pangkalan Kuala Kedah Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor berkata, mayat itu ditemui nelayan pada 8.50 pagi lalu memaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Katanya, susulan itu, sebuah bot Kilat 7 digerakkan ke lokasi dan mayat itu ditemui terapung kira-kira lapan batu nautika di barat daya Kuala Kedah.

“Bot Kilat 7 kemudian membawa mayat berkenaan pulang ke jeti Pangkalan Maritim Kuala Kedah.

“Mayat yang belum dikenal pasti identitinya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, berikuta itu ahli keluarga yang kehilangan waris boleh ke HSB untuk membuat pengecaman ke atas mayat terbabit.

Disiarkan pada: March 27, 2018 @ 6:08pm
d