mutakhir

Angkara brek tidak berfungsi

Oleh Razif Rosli

Kampar: Wanita maut selepas lori membawa muatan kotak dinaikinya merempuh belakang sebuah lori lain di Kilometer 305.9 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Ipoh dekat sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 7.59 pagi, S Rajes, 30, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, kejadian berlaku ketika lori dipandu rakannya, K Thennarasu, 31, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori itu dikatakan mengalami kegagalan brek dan melanggar belakang lori lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan Rajes meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dikeluarkan anggota bomba.

Disiarkan pada: March 30, 2018 @ 4:05am
d