mutakhir

Terbabas ke tengah jalan

Oleh Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 1.9, Jalan Bypass, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, M Vicnasvaran, 27, berasal dari Tanjung Sepat, Selangor gagal mengawal motosikal Honda Wave ditunggangnya yang terbabas melanggar batu pembahagi jalan menyebabkan dia parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa menunggang berseorangan dari Port Dickson ke Seremban.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Raja Nur Hafizah Raja Arifin 06-6472222.

Disiarkan pada: March 30, 2018 @ 4:15am
d