mutakhir

Padah mengendap perempuan mandi

Oleh Shamsul Munir Safini

LELAKI Myanmar cedera dibelasah orang awam selepas dicekup mengendap wanita yang sedang mandi di Kuala Muda Penaga, Butterworth, malam tadi.

Lelaki berumur 30 tahun berkenaan ditahan polis pada 9.15 malam tadi selepas aduan dibuat mangsa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang sudah berkahwin dan tinggal berdekatan rumah mangsa dicekup ketika sedang mengendap pembantu akauntan berusia 28 tahun.

"Kejadian dipercayai berlaku 6.30 pagi, apabila mangsa yang berada dalam bilik air terdengar seperti ada orang berjalan di belakang rumahnya sebelum mangsa terus memberitahu abangnya mengenai hal itu.

"Hasil siasatan polis mendapati suspek yang juga jiran mangsa itu sudah berkahwin dan mempunyai anak serta bekerja sebagai nelayan.

"Mangsa berkata, kejadian itu dipercayai sudah beberapa kali berlaku kepadanya pada waktu pagi.

"Abang mangsa dapat melihat wajah suspek dengan jelas ketika menyuluh wajah suspek yang mencuri masuk ke dalam kawasan rumah mangsa yang berpagar," katanya.

Menurutnya, abang mangsa yang mengecam suspek menangkap lelaki berkenaan sebelum dipukul oleh orang kampung sehingga video yang menunjukkan suspek dipukul itu tular di media sosial.

Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

Disiarkan pada: March 30, 2018 @ 12:44pm
d