mutakhir

Kaki skodeng dicekup [METROTV]

Oleh Shamsul Munir Safini

LELAKI Myanmar yang cedera dibelasah kerana mengendap seorang wanita mandi di Kuala Muda Penaga, Butterworth, diberkas polis, semalam.

Dalam kejadian 9.15 malam itu, suspek yang sudah berkahwin dan tinggal berdekatan rumah mangsa dicekup ketika sedang mengendap seorang wanita yang juga pembantu akauntan berusia 28 tahun di Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian 6.30 pagi semalam, mangsa berada dalam bilik air dan terdengar seperti ada orang berjalan di belakang rumahnya sebelum mangsa memaklumkan kepada abangnya.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati suspek yang juga jiran mangsa itu sudah berkahwin dan mempunyai anak serta bekerja sebagai nelayan.

“Mangsa memaklumkan sudah beberapa kali kejadian itu berlaku ketika sedang mandi pada waktu pagi.

“Abang mangsa dapat melihat wajah suspek dengan jelas ketika menyuluh wajah suspek yang mencuri masuk ke dalam kawasan rumah mangsa yang berpagar,” katanya.

Menurutnya, abang mangsa yang mengecam suspek menangkap lelaki berkenaan sebelum dipukul oleh orang kampung sehingga video itu tular di media sosial.

Noorzainy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

Disiarkan pada: March 30, 2018 @ 11:46pm
d