mutakhir

Semangat berzumba walaupun hujan renyai [METROTV]

Oleh Luqman Arif Abdul Karim

KEMERIAHAN Festival GegaRia 2018 membuka tirai dengan senaman zumba yang disertai lebih 300 pengunjung merangkumi pelbagai peringkat umur.

Hujan renyai di awal pagi ternyata tidak menghalang warga kota untuk hadir mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dianjurkan di pekarangan Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Kuala Lumpur, hari ini.

Bermula seawal jam 8 pagi, senaman diiringi muzik rancak dan membabitkan pergerakan tarian itu diketuai selebriti zumba Hanif Shawn.

Festival GegaRia yang kini memasuki edisi kedua sejak menempa nama di Pusat Konvensyen Setia City, pada 13 Januari lalu bakal berlangsung sehingga jam 11 malam ini.

Antara kemuncak aktiviti adalah sesi beramah mesra bersama artis jemputan seperti Reen Rahim, Eyka Farhana dan Bunkface, mulai jam 5 petang di gerai gaya hidup.

Penganjuran di lokasi kelima ini akan melabuhkan tirai dengan Konsert GegaRia mulai jam 8 malam membabitkan penampilan kumpulan Bunkface, Iamneeta, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo dan Bittersweet.

Disiarkan pada: March 31, 2018 @ 11:11am
d