mutakhir

Wartawan sambilan NSTP patah tangan kiri

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

WARTAWAN sambilan akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menyertai latihan menembak di Kulim, Kedah.

Rudy Syareme Sheriffudin, 43, dan anak lelakinya, Muhammad Danial Harith, 13, kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown, selepas kejadian berlaku 8.30 pagi tadi.

Muhammad Danial Harith berkata, keadaannya stabil, selain dilaporkan hanya mengalami luka ringan di bahagian lutut dan terseliuh bahu kanan.

"Bagaimanapun, abah patah tangan kiri dan kini sedang menunggu keputusan imbasan X bagi menentukan sama ada akan ditahan di wad atau dirawat sebagai pesakit luar.

“Motosikal ditunggang abah dirempuh sebuah kereta ketika sedang menunggu di lampu isyarat di persimpangan berhampiran Jalan Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah.

"Ketika itu, kami dalam perjalanan untuk menyertai latihan menembak anjuran Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM),” katanya.

Disiarkan pada: March 31, 2018 @ 8:21pm
d