mutakhir

'Amuk sebelum temui ajal' [METROTV]

Oleh Shamsul Munir Safini

LELAKI warga Myanmar, 39, ditemui maut berlumuran darah dengan kesan luka pada muka oleh isterinya di Sungai Puyu, Butterworth, pada 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa tidak pulang ke rumahnya pada Sabtu lalu, tetapi muncul pada 7 malam semalam.

“Isteri mangsa berkata suaminya pulang dalam keadaan berlumuran darah dan mula mengamuk mahu memukulnya.

“Bimbang dicederakan, isteri mangsa yang juga warga Myanmar berusia 26 tahun melarikan diri dengan bermalam di rumah jirannya,” katanya,

Menurutnya, isteri mangsa kemudian pulang ke rumah pagi tadi dan menemui suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Disiarkan pada: April 2, 2018 @ 4:54pm
d