mutakhir

[UPDATE] Ambil tindakan jika dakwaan benar? [METROTV]

Oleh Muhammad Apendy Issahak

MENTERI Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memandang serius kes membabitkan pelajar perempuan sebuah sekolah di Bachok, Kelantan dikatakan meminum air ketum yang rakaman videonya tular di media sosial, baru-baru ini.

Beliau berkata, kementeriannya menyerahkan siasatan kes berkenaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok mengenai kesahihan kes terbabit serta tindakan lanjut.

“Jika didapati dakwaan itu benar, maka tindakan akan diambil ke atas pelajar-pelajar terbabit.

“Ini satu perkara yang tak sepatutnya berlaku membabitkan pelajar sekolah, apabila berlaku tindakan mesti diambil kerana ini benda yang salah daripada segi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Sepetang Bersama Menteri Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar, hari ini.

Pada Isnin lalu, gambar serta video beberapa pelajar perempuan yang memakai pakaian seragam sekolah berkongsi minum sebotol air minuman yang didakwa air ketum tular di laman sosial.

Susulan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan Superintendan Mit Emong berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap dakwaan terbabit.

Berita berkaitan

'Sedap ke air ketum tu dik?

Disiarkan pada: April 3, 2018 @ 7:14pm
d