mutakhir

[UPDATE] Polis sudah tahan penjual air ketum

Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

POLIS menahan seorang buruh yang dipercayai menjual air ketum kepada tiga pelajar perempuan di Bachok, yang tular di laman sosial, hari ini.

Suspek, 20-an, ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok selepas melakukan serbuan di rumah lelaki itu pada 1 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan Superintendan Mit Emong berkata, penahanan suspek dibuat selepas pihak polis mengambil keterangan tiga pelajar perempuan berkenaan.

“Sebelum ini, kami menjejaki mereka (tiga pelajar perempuan) melalui rakaman yang tular di media sosial. Sebaik soal siasat, kami berjaya memberkas suspek berdasarkan gambaran yang diberikan pelajar berkenaan.

“Keterangan awal suspek mengaku air yang dijual kepada tiga pelajar perempuan berkenaan adalah air ketum," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan memulakan siasatan ke atas penyebaran gambar dan video pelajar perempuan yang didakwa meminum cecair disyaki air ketum.

Gambar pelajar perempuan mula tular pagi semalam menerusi akaun seorang individu di Facebook yang mendakwa kes seorang gadis meminum cecair disyaki air ketum itu berlaku di Kelantan.

Berita berkaitan

[UPDATE] Ambil tindakan jika dakwaan benar?

'Sedap ke air ketum tu dik?

Disiarkan pada: April 3, 2018 @ 8:48pm
d