mutakhir

Penolong Pegawai RISDA ditahan SPRM

Oleh Ilah Hafiz Aziz

PENOLONG Pegawai Pertanian Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Kuala Pilah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai mencadangkan isterinya bagi projek penanaman semula getah.

Suspek yang berusi 47 tahun dipercayai mencadangkan isterinya untuk menjalankan kerja berkaitan dengan rancangan tanam semula getah di bawah Skim Bantuan Tanam Semula di tiga lot tanah di Kuala Pilah.

Sumber berkata, amaun yang terlibat dalam aktiviti itu adalah bernilai RM18,900.

"Suspek dikatakan mencadangan perbuatan itu dilakukan di beberapa lot tanah di daerah Kuala Pilah, Mukim Ulu Muar.

"Suspek ditahan hari ini ketika hadir membantu siasatan di SPRM Negeri Sembilan pada 5.25 petang," kata sumber.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan penahanan itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Suspek tersebut akan direman di mahkamah Seremban esok bagi membantu siasatan.

Disiarkan pada: April 4, 2018 @ 10:44pm
d