mutakhir

Pesara guru tak mengaku terbabit militan Daish [METROTV]

Oleh Nor Azura Abdul Jalil

Kuala Lumpur: Seorang pesara guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas dua pertuduhan menyokong dan memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas Daish melalui akaun Facebook miliknya, tahun lalu.

Abu Hasan Chan Abdullah, 64, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Abu Hasan Chan didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan dan memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas itu dengan menggunakan akaun Facebook miliknya atas nama Abu Hasan Chan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bahagian E8, Counter Terrorism, Cawangan Khas, Tingkat 24, Menara 2, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman, di sini, pada jam 10 pagi, 1 Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun atau denda.

Selain itu, barangan atau harta yang digunakan atau diniat untuk melakukan kesalahan itu juga boleh dirampas, jika sabit kesalahan.

Disiarkan pada: April 5, 2018 @ 11:42am
d