mutakhir

[UPDATE] Suspek tetak bapa direman seminggu

Oleh RoslizaMohamed

ANAK lelaki yang didakwa menetak bapanya hingga parah di Kampung Tapang, Kuala Besar, Kota Bharu, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata suspek berusia 35 tahun itu direman sehingga 12 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dilakukan berhubung kejadian itu.

“Kita masih menjalankan siasatan sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

NSTP semalam melaporkan seorang lelaki ditahan di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu pada 12.45 tengah hari selepas menetak bapanya yang berusia 66 tahun di rumah di kampung berkenaan pada 11.20 pagi.

Suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketika kejadian hanya mangsa bersama isterinya serta dua cucu berumur antara satu hingga dua tahun berada di rumah itu.

Tempat kejadian adalah sebuah rumah teres mempunyai lima bilik manakala bahagian belakang dapur masih dalam pembinaan dan mangsa ditetak di bahagian luar rumah berhampiran dapur.

Akibatnya, mangsa parah di bahagian kepala dan muka akibat dipukul dengan tukul dan senjata tajam.

Berita berkaitan

'Jahanam punya anak!'

Disiarkan pada: April 6, 2018 @ 4:57pm
d